Wednesday, November 19, 2008

Majlis Makan Malam Deepavali Anjuran Kuil Paya Besar Kulim di Kelab Kulim

15.11.2008 mewakili YAB Menteri Besar Kedah ke Majlis Makan Malam Deepavali di Kelab Kulim.

Gambar sekitar Majlis Makan Malam Deepavali di Kulim Club






Kejohanan Taekwondo Champion Olympia Remaja Kedah Terbuka Kali ke 2, 2008

Gambar-gambar sekitar Kejohanan Taekwondo Champion Olympia Remaja Kedah 2008







Program Gotong Royong di Flat Paya Nahu 1

Ahad 16.11.2008 - Persatuan Satya Sai Baba dengan kerjasama Lions Club Sungai Petani, MPSP, Bomba dan penduduk setempat telah menjalankan program gotong royong membersihkan kawasan Flat Paya Nahu 1 yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi.



Thursday, November 6, 2008

Bantuan kepada mangsa ribut di Langkawi

Langkawi Selasa 4.11.2008

Kerajaan negeri Kedah yang prihatin akan nasib mangsa ribut di Langkawi telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut . Sumbangan disampaikan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah








Antara Exco Kerajaan Negeri yang Hadir semasa Majlis
pemberian Sumbangan mangsa ribut Langkawi

Wednesday, November 5, 2008

Perasmian hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2008



Langkawi, Selasa 4.11.2008

Perasmian Hari Kesihatan Sedunia oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH.

Monday, November 3, 2008

Program menanam pokok/Tumbuhan "Save The Planet"

PROGRAM MENANAM POKOK "SAVE THE PLANET"

ANJURAN LION'S CLUB SUNGAI PETANI.






Ahad 2.11.2008 jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang saya menghadiri program menanam pokok "Save The Planet" yang dianjurkan oleh Lions Club di SJKT Saraswathi Sg. Petani. Saya yang juga Ahli Kehormat Lion Club telah dijemput untuk merasmikan penanaman pokok dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan melukis yang diadakan.









Dalam program ini pokok-pokok telah ditanam di kawasan sekolah dan turut di adakan pertandingan melukis untuk kanak-kanak. Lebih kurang 30 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan ini.











Peserta pertandingan melukis yang mendapat tempat 1, ke 2 dan ke 3 akan mewakili negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan dan seterusnya pemenang peringkat kebangsaan akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa.



Majlis Sepagi Bersama MPSPK




2 November, 2008 jam 8.00 pagi Saya telah menghadiri Majlis Sepagi Bersama MPSPK yang dianjurkan oleh MPSP dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Bandar Baru Sg. Lalang telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang penduduk setempat dan lebih 60 orang Pegawai dan kakitangan MPSP, TNB dan Bomba. Turut hadir adalah YDP MPSPK.
Program gotong royong yang dijalankan telah mendapat kerjasama yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Selain daripada itu kaunter untuk aduan, taklimat kitar semula dan kaunter kutipan cukai pintu juga dibuka untuk orang ramai. Jamuan makan tengahari telah disediakan untuk semua yang hadir.






Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menjalankan majlis ini dengan lancar dan ianya amat bermanfaat kepada penduduk setempat.