Monday, November 3, 2008

Majlis Sepagi Bersama MPSPK




2 November, 2008 jam 8.00 pagi Saya telah menghadiri Majlis Sepagi Bersama MPSPK yang dianjurkan oleh MPSP dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Bandar Baru Sg. Lalang telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang penduduk setempat dan lebih 60 orang Pegawai dan kakitangan MPSP, TNB dan Bomba. Turut hadir adalah YDP MPSPK.
Program gotong royong yang dijalankan telah mendapat kerjasama yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Selain daripada itu kaunter untuk aduan, taklimat kitar semula dan kaunter kutipan cukai pintu juga dibuka untuk orang ramai. Jamuan makan tengahari telah disediakan untuk semua yang hadir.






Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menjalankan majlis ini dengan lancar dan ianya amat bermanfaat kepada penduduk setempat.




No comments: